Sah anak Mat Sabu ditahan kerana ganja




POLIS menahan anak kepada Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dalam satu operasi yang dijalanan di Jalan Ampang malam tadi selepas didapati positif dadah.
Sumber daripada jabatan narkotik balai polis Dang Wangi memberitahu Ahmad Saiful Islam Mohamad, 31 tahun itu disahkan positif ganja selepas ditahan di sebuah premis hiburan kira-kira jam 12.30 tengah malam, lapor The Malaysian Insight.
Difahamkan, seramai 101 individu telah diperiksa membabitkan 55 wanita dan 46 lelaki.
Hasil pemeriksaan itu, dua lelaki berusia 33 dan 31 tahun telah ditahan selepas didapati positif dadah jenis ganja.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob mengesahkan penahanan tersebut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Labels: Isu Semasa

Back To Top