Nak Kurus Dengan Mudah, Jom Share Dan AmalkanTips Ini

KURUS DENGAN MUDAH? YES!!!!!!!
70% Diet + 30% Workout = 100% Healthy
Diet! Diet bukannya tak makan.. diet ialah makan! (Makan makanan sihat, tau tak kalau kita tak makan boleh gain weight?) Macam mana kakak makan utk pastikan berat turun and lemak hilang? Senang je sebenarnya 😉
Setiap meal bekpes, lunch, dinner wajib ade 4 benda ni:
1. Sayur
2. Protein (telur, ikan, ayam)
3. Buah
4. Air masak/ mineral
Sila kurangkan pengambilan 4 benda ni dlm setiap meal bekpes, lunch, dinner:
1. Minyak/ lemak
2. Gula
3. Karbohidrat (nasi, mee, roti, tepung)
4. Garam
Makan 6 kali sehari (korang xkan rasa lapar, percaya la diet itu sgt indah 😍):
1. Bekpes
2. Snack pagi
3. Lunch
4. Snack ptg
5. Dinner
6. Snack mlm
**Snack tu ialah kunyah sayur dan buah ya, bukan keropok cheese ring 😝
Workout! Banyak cara kita boleh workout utk kasi badan firm.. Gym, jogging, swimming, badminton, cardio, fast walk.. Macam mane kakak mule exercise dulu2? Kenal Youtube? (Time ni belum layan gym lagi) Kakak bukak youtube search "30 minutes cardio workout", kemudian download simpan dlm laptop.. Masuk dlm bilik.. tutup aircond, kipas, tingkap, pintu.. on video youtube tadi.. ikut tonggang tonggeng sampai lecun selama 30minit
So bermula dgn diet kat atas and workout youtube tu.. kakak berjaya turunkan berpuluh puluh kilo 🤗
Pesanan dari kakak:
Sebelum korang start diet n workout kat atas.. pastikan snap pic time tgh bulat byk2 n simpan.. sbb bile korang dah berjaya kurus.. time tu la korang akan menggelupur rinduuuu sgt sgt sgt nak tgk muke bulat bulat korang (itu yg terjadi kat akak skrg.. rindu nak tgk muke bulat dulu dulu 😂)
kredit :Erni Mat
Labels: Tips Harian

Back To Top