Tiga beradik lemas dihanyutkan ombak besar di Pantai Sura


DUNGUN – Tiga beradik dilaporkan hilang dihanyutkan ombak besar di Pantai Sura, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian 6.40 petang itu, Nurain Fatma Zawawi, 10, bersama dua adiknya Nurain Sofia, 8, dan Nurain Salsabila, 6, mengikut ibu saudara mereka ke tepi pantai untuk mengambil angin.
Ketika mandi, Nurain Sofia dan Nurain Salsabila secara tiba-tiba dihanyutkan ombak sehingga ke tengah laut.
Kakak sulung yang melihat kejadian itu cuba untuk menyelamatkan dua adiknya namun gagal dan dia juga turut sama dihanyutkan ombak.
Pasukan penyelamat yang menerima panggilan pada 7.14 petang tiba untuk operasi mencari dan menyelamat.
Sehingga 8 malam ini, ketiga-tiga mangsa masih belum ditemui.


Labels: Isu Semasa

Back To Top