Ini Reaksi Sufian Suhaimi Setelah Elfira Loy Selamat Berkahwin



Pada tarikh satu januari 2019, pelakon genit Elfira Loy telah pun selamat bergelar isteri kepada pasangannya iaitu Faris Khairol Anuar.

Dengan hanya sekali lafaz, pasangan ini diijabkabulkan dalam satu majlis yang berlangsung dengan meriah di Cyberjaya.
Apabila pasangan ini sedang menggapai kebahagiaan bersama, ramai tertanya apakah respon dari bekas tunangnya iaitu Sufian Suhaimi.
Menerusi satu laporan dari portal Kosmo dan juga Harian Metro, apabila ditanya, penyanyi Sufian Suhaimi ada memberi sedikit respon.
Ternyata Sufian Suhaimi telahpun move on dan telah tumpang gembira menyaksikan bekas tunangnya, pelakon Elfira Loy selamat bernikah semalam.
pemilik lagu lagu Di Matamu itu berkata, dia senang hati melihat Elfira akhirnya menemui apa yang dicari selama ini.
Ini komen dari Sufian Suhaimi tentang pernikahan Elfira Loy dan Faris Khairol Anuar:
“Rasanya tiada apa yang perlu dikatakan sebab saya dan dia telah lama meneruskan kehidupan masing-masing.
“Bagaimanapun saya gembira untuknya dan berharap apa yang dirancang, akan berjalan lancar,”
“Selamat maju jaya untuk Elfira dan pasangannya,”
Elfira Loy selamat bergelar isteri kepada Muhammad Faris Khairol Anuar, pada pagi hari pertama tahun baharu 2019.
Pasangan ini telah dinikahkan bapa pengantin perempuan, Ahmad Sabri Ariffin, dalam satu majlis bermula 9 pagi itu berlangsung dalam majlis tertutup di Cyberjaya.
Diimbas kembali, Sufian Suhaimi dan Elfira Loy telah bertunang pada Oktober 2017 dan mengambil keputusan untuk meleraikan ikatan tersebut empat bulan kemudian.
Apapun tahniah buat Elfora loy dan pasangannya.

Labels: Artis

Back To Top