Resepi Bakso Sedap Yang Buat Anda Tak Berhenti Hirup Supnya

resepi bakso sedap dan mudah

Lama saya mencari , resepi bakso yang betul-betul membuka selera dengan isi bebola daging, kuah sup tulang yang terasa isi dagingnya. Memang sedap kan.Bila ke pasar malam contohnya, pasti saya mencuba bakso yang banyak dijual rata-rata oleh orang Indonesia.

Ada yang sedap ada yang sederhana tapi rata-rata pada tahap sederhana saja rasa bakso dagingnya. Tapi saya tak boleh salahkan penjual, mereka pun mahukan keuntungan lah.

Tengah melayari facebook, terjumpa satu resepi bakso yang dikongsi oleh Puan Nasariah Aziz di halaman nya. Dia belajar daripada seorang kawan dari Indonesia ,tempat asal bakso. Mesti sedap kan. Boleh la saya buat untuk musim perayaan atau untuk buat makan-makan bersama ahli keluarga.
Rupa-rupanya ini rahsia resepi bakso yang membuatkan mulut tidak berhenti mengirupnya nanti. Jom kita belajar sama-sama teknik membuat bakso sedap ini. Saya juga ada membuat Begedil Penuh Rasa Daging  di sini untuk anda cuba makan bersama bakso. Sedap.

Bahan-bahan untuk bebola daging bakso

  • 500 gram daging lembu cincang
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 5 senduk tepung ubi
  • Sedikit garam, gula dan serbuk perasa
  • Air secukupnya sedikit sahaja supaya adunan sebati

Cara-cara memasak bebola daging untuk resepi bakso sedap ini :

#1: Masukan semua bahan bakso dalam satu bekas dan gaul hingga adunan menjadi halus. Pindahkan kedalam bekas lain dan tutup permukaan bekas dengan plastik.
#2: Masukan adunan tadi dalam peti sejuk lebih kurang 30minit
kemudian gentel bulat bebola daging mengikut saiz yang diperlukan.
#3: Didihkan air dalam periuk dan masukkan bebola daging.Rebus menggunakan api kecil hingga bebola timbul selepas itu tutup api. Siap.
resepi bakso sedap dan mudah
Bahan-bahan untuk resepi kuah bakso pula:
  • 600 gram tulang lembu
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 bawang merah besar
  • 1 cm halia
  • 1 batang serai
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh  lada sulah
  • Garam,gula dan serbuk perasa
  • 2 Kiub daging
  • Air secukupnya lebih kurang 3-4 jag
Cara-cara memasak sup bakso
#1: Tumbuk halia,bawang putih,bawang merah hingga lumat. Masukkan air , tulang lembu, serai dan halia yang telah diketuk,kiub daging, lada hitam dan lada sulah.
#2: Rebus kesemua bahan sehingga empuk. Masukkan perasa, garam dan gula bila semua dah mendidih. Nanti memang merecik makan dengan bihun bakso tau.
Untuk bahan sayuran dan hiasan bakso :
  • Kobis dipotong halus
  • Daun sup dan daun bawang dihiris halus
  • Bawang goreng
Bahan-bahan untuk sambal bakso supaya anda berpeluh tapi tak boleh berhenti hirup bakso :
  • segengam cili padi merah
  • Segengam cili padi hijau
  • 4-6 ulas bawang putih
  • Cuka makan
  • Serbuk Perasa
  • Air rebusan daging
resepi bakso sedap dan mudah

Cara memasak sambal bakso pula:
#1: Rebus cili hijau dan cili merah untuk hilangkan rasa pijarnya.Asingkan kedua-dua nya.Untuk sambal merah bakso, tumbuk cili merah dan masukkan sedikit cuka.Tambah air rebusan daging sedikit. Siap.
#2: Untuk sambal hijau, tumbuk cili hijau rebus bersama bawang putih, masukkan cuka sedikit dan perasa,siap.Untuk kicap, boleh guna kicap pekat jenama ABC.Baru masuk elok semuanya semangkuk bakso kan.
Dah siap semua, apa lagi, celur bihun putih , masukkan ke dalam mangkuk, tambah bebola daging, tulang lembu bersama supnya, sambal dan kicap serta sayuran segar dan akhir sekali, bawang goreng.
kredit: daridapur
Labels: Resepi

Back To Top