Lelaki Nepal ini raih RM26,000 sebulan buat servis penghantaran makanan


Kalau terpandang sahaja warga asing melintas di hadapan mata, pasti perkara pertama terlintas di fikiran adalah lekeh, busuk dan pelbagai perkara negatif yang lain bermain di minda.
Golongan ini selalunya dipandang hina kerana kebanyakan mereka hanyalah buruh kasar. Namun pernahkah anda terfikir berapa pendapatan yang mereka perolehi agaknya?RM26,000 sebulan? Ya, itulah jumlah pendapatan seorang warga Nepal bernama Suren yang menetap di negara kita, Malaysia.
Kisah kehidupannya ini dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Izzat Ismail.
Rahsianya mudah iaitu bijak mengambil peluang yang ada di depan mata.
Menurut perkongsian, Suren dahulunya adalah pekerja kilang namun dia melihat potensi perniagaan apabila melihat ramai warga Nepal di sini
Jadi inilah langkah luar biasa yang dilakukan Suren sehingga membolehkan dia hidup senang lenang di sini iaitu dengan membuka bisnes kedai makan.

Kata-kata keramat Suren, “Hei kawan, kirja dengan worang (makan gaji), hujung bulan ngam ngam bilanja duiy habis. Miniaga bulih untung la.”


Kagum, marah, iri hati, mana satu agaknya perasaan pembaca saat mengetahui rahsia kejayaan pemuda yang bernama Suren ini? Ini pendapat netizen.


Jadikan kisah ini sebagai inspirasi buat anda. Bayangkan sahaja warga Nepal boleh berjaya seperti ini.
Mengapa tidak kita yang sememangnya lahir di bumi bertuah ini. Ayuh, berhenti beri alasan, mari mula berusaha dengan lebih keras lagi. 


Labels: Kisah Viral

Back To Top