Cara Simpan Lauk Dan Sayur Untuk Sebulan, Panduan Paling Lengkap Siap Dengan Bajet Sekali



Setakat ni, perkongsian Naeamah Balqis ni paling lengkap. Beliau kongsikan cara beliau simpan lauk dan sayur. Lauk apa yang perlu letak air dan tidak. Bagi mak-mak yang selalu sibuk dan penat nak memasak boleh cuba cara ni.

ALHAMDULILLAH, ni stok lauk keluarga untuk bulan Februari. Bajet untuk 3 minggu. Agak-agak sehingga gaji la, tapi gaji bulan 3 dah dapat awal minggu ni. Lauk untuk bulan 3 kita shooping hujung bulan nanti. Buat macam biasa la.
Masak setiap hari. Bawak bekal ke opis dan masak untuk anak sekali. Balik kerja masak lagi untuk makan malam. Buat macam ni mudahkan kerja kita. Macam biasa kalau malas boleh ambil kuali ketuk atas kepala.
Lauk-lauk ni patutnya shooping ujung bulan 1 hari tu lepas gaji kalau ikut kebiasaan. Tetapi kami cuti-cuti malaysia jadi beli lauk dalam minggu pertama ni.
Hari Sabtu beli lauk dekat pasaraya cs macam udang + sotong + ikan tongkol.
Hari Selasa beli ayam + daging dekat pasar malam.
Hari Khamis beli tulang lembu + ikan + udang galah dekat pasar borong.
Macam biasa. Siap asingkan lauk dalam bekas untuk sekali masak. Tapi kalau nak masak lebih, akan amik 2 bekas.
Contoh macam udang, kalau nak letak dalam goreng sayur atau tomyam ke ambil je sebekas. Kalau nak buat sambal udang, kena amik 2 bekas.

Simpan Lauk Cara Saya

  1. Masukkan lauk dalam satu bekas (saya hanya guna tipuware) untuk sekali masak.
  2. Masukkan air sampai menutupi lauk tadi.
  3. Simpan dekat tempat beku.
Letak air untuk apa? Untuk kekalkan kesegaran lauk tadi. Anggaplah macam ikan-ikan dekat kutub sana. Dilitupi air batu. Bila ais cair ikan tu tetap segar. Hahaha!
Orang sains jangan kecam lak. Saya buat contoh je. Senang nak faham.
Untuk orang yang cakap manis udang akan hilang bila letak air dan simpan lama, terpulang, kita raikan pendapat berlainan. Pandangan masing-masing tapi bagi saya, saya tetap rasa sama jer dengan masa saya baru beli terus masak dengan saya simpan letak air bekukan.
Lauk yang letak air: Udang + sotong + ikan + ayam. Semua bersihkan siap-siap. Simpan lauk yang dah bersih.
Lauk tak letak air: Daging + tulang. Simpan macam biasa. Jangan letak air.

Bila nak masak, keluarkan, alirkan bawah air paip. Kalau udang + sotong sekejap jer cair. Kalau ayam ambil masa sikit. Kalau ikut saya memang bila nak masak baru bawak keluar.
Kenapa? Sebab saya tak rancang nak masak apa. Bangun pagi baru fikir nak masak apa. Macam tu jugak balik kerja. Sampai rumah, buka peti baru fikir nak masak apa.
Takde masalah nak cairkan ais tu. Kalau nak masak pagi esok. Malam tu boleh letak dekat chiller. Ramai orang buat mcm tu kan?

Simpan Sayur Cara Saya

Halia + lengkuas + serai – letak dalam bekas dan masukkan air sampai menutupi sayuran tersebut.
Cili hijau + limau + bawang putih + bawang merah + daun sup + kacang panjang + cili merah + carrot + timun + petai + kobis + sawi jepun + bunga kobis + brokoli – letak tisu dekat bahagian bawah untuk serap air yang akan menitis dekat dalam bekas tersebut.
Sayur tersebut akan tahan lama. InsyaAllah. Cuma sawi jepun + kobis tak tahan lama. Seminggu ok lagi. Selepas tu sawi akan lembik dan kobis akan hitam dekat tepi.
Sebab tu lah sayur berdaun saya tak beli banyak sekaligus. Cukup untuk seminggu.
Saya letakkan sekali bajet untuk bulan ni sebab nanti ada yang tanya berapa bajet untuk lauk-lauk ni. Bajet lebih sikit sebab lebihkan udang untuk bulan ni. Bulan lepas bajet lauk tak sampai RM200.00.

Bajet lauk kat pasaraya cs:

  • Udang biasa – RM40.00
  • Sotong – RM32.00
  • Ikan tongkol – RM27.00
  • Telur – RM11.00

Bajet lauk kat Pasar Malam:

  • Ayam (2 ekor ) – RM35.00
  • Daging – RM37.00

Bajet lauk kat Pasar Borong:

  • Tulang lembu – RM23.00
  • Udang galah – RM35.00
  • Ikan – RM23.00
= RM262.00 (Lauk)
= RM20.00 (Sayur) – limau kasturi + cili merah + cili hijau + halia + lengkuas + carrot + sawi jepun + timun jepun setakat ni dalam peti ais.

Bajet bergantung kepada keperluan individu. Saya bukan nak tunjuk bajet saya. Saya nak tunjuk cara saya simpan lauk untuk mudahkan untuk kita mak-mak ni masak dan juga cara simpan sayur-sayur untuk tahan lama terutama mak-mak bekerjaya keluar pepagi hari dan hampir nak malam baru balik macam saya.
Jangan cakap peti besar boleh la buat macam ni. Saya dah kahwin 14 tahun. Baru kawin dulu peti kecik je tapi saya buat macam ni jugak. Saya letak dalam plastik. Cuma tak letak air la bila letak dalam plastik. Cuma rasa kering sikit lauk tu berbanding yang letak air macam sekarang. Tapi ok sangat lagi dari tak buat apa-apa kan?

Sumber: Naeamah Balqis

Labels: Tips Memasak

Back To Top